Wednesday, December 23, 2009

Mari blajo loghat peghok (perak tgh)

Mari blajor loghat peghok (perak tgh)

Ache keme = mcm mna kalo...
Ate = abeh tu? @ digunakan untuk mule percakapan
ayor angat @ yangat = minuman paneih (tea, kopi, melo, neskepe dll)
Bedek = belek, memeriksa
Beghambat = berlari
Bengken = marah.cam ce-ngei..ganas pon boleh gak
Berjujuih = berbaris, bersusun
Bibior = bibir
Biut = Degil.
Bok = bak, meminta sesuatu
Bolen = Bertelanjang Bulat
Bonyok = hempap, tindih
Bulor, kebulor = 1. Lapar 2. tak ingin @ tak mau.(contoh ayat: tak kebulor teman ngan si bedoh(bkn name sebenar) tu: maksudnye tak nak aku dgn si bedah tu)
Bulut = gulung
Buoh pelior = Sensored meaning =p
ce = cube
Cebok = gayung
Celuih = terlepas, bolos
cenangor = bahase bukunye 'pianggang'. sape yang biase bebendang kalo tak tau menatang ni elok dilumorkan aje lecoh kat muke
cencoghot = tikus
cenonggeng = bontot ayam. sample ayat:"bok sini cenonggeng goren tu"
cicor = cicir
cakcibo = pepatung
Codek = cerdik
Degheba/drebar = driver
Deme @ Kome = sekumpulan org. contoh ayat: deme= "deme kesane" "diaorg kesana" @ kome= "kome nk pg mane?" "korang nk pg mane?"
Gebor = selimut
Gehotok = JAMBATAN
Getik = nyampoh (menyampah)
Getok = getak @ terjatuh brg.
Ghodi = repair/belek
Ghoncoh = bilas kain.
Gomen = kerajaan (government)
Gostan = go a stern @ patah balik ke belakang
Hambat = kejar
Hangat pijor = panas sgt
Hincit= Ketepi
Jeboh = tembam @ gebu.
Jegholong = tempat buang sampah kat tepi hutan
Jelebor = labi2
Jenuh, jenoh = Puas.
kala lipit = kala jengkin (skopien)
kanja = terkena/naye/ terkejut
Karen = eletrik
kayu rol/kayu reskey = pembaris
Kebait = carbide (yg biase org gune ntk peram buah @ pelita carbide)
Keme = kami.
KEMIN = Kemas
Kokok = gigit
Kona = belok
Kot Memot = Courts Mammoth
kulu & keylor = kehulu & kehilir
Labun = cakap
lecoh = lecah
Lepor = pukul, tampar.
Libang libu = perasaan resah gelisah....
Liroba = Land rover (kereta)
LO = law (undeng-undeng)
Lumor = lumur
Meghambu = joli sana sini
Meghedang-ghedang (meredang-redang)= maksud dier membuta-tuli, tak tentu arah.
Meghoyang, meroyang = biawak
memolonye = (memfollow la tu)
Mengkiok = err...yang ni aku tak tau name betoi die, tapi menantang ni kalo dapat ngetit memang t'siat kulit. sejenih anai2 kepale besor.
Mentekedaghoh = MEGHAIH CIKE - MAKAN
mentelun = seluor panjang (pantaloon)
Mentong = makan sampai due kali atau tambah 2 kali
Meraban Teben [Reyben Teyben] = Tak Tentu Arah, Perbuatan yang Pening
Merampuih / merampus = meradang sambil merungut / marahkan sesuatu
Meroloh = Tidor.
Meseka = motosikal
Mike = awk, kamu, anda.
Moncoh = Membazir
Motoka = Kereta
Nangut = Termenung
NGAN CUK WOK, bajang = same meaning as wtf, what the hel, shit.
Ngelat, bedeoh = TIPU
NGELENYOR = Gatal.
Ngelewo, Ngelewor = jalan tak tentu arah.
Ngetit = Gigit halus(semut) atau menyucuk-nyucuk.
Nyarigh = mujur
Nyeghogin @ nyeghongih = tersenyum sorang diri
Nyelap sedor = seseorang yg seperti dirasuk @ di luar kawalan di tahap sederhana... .
paka@pakei = pakai atau guna
peghok = Jakun atau yg sewaktu dengannye.
Penggae = lontar
Pesepot = passport @ IC/kad pengenalan
Pior = pure
Poih opih = pos office =p
Pores = Orang jabatan utan tu, forest
Prebet = private
Raba = getah pemadam
rebe = menyemak, sesak, beriya, gedik, poyo..
Reben teben @ Seluin = SELEKEH
Sangei = tudung saji.
Selait = lampu suluh/torch light
Selewen = buat keje cpt2 asal kan siap
semba, sembei, pasior (tige2 nie maksud same tp laen2 ntk penggunaan ayat)= pasir
Semut gatey = semut api
Senten = menarik kaki seluar ke atas.....ataupun singkat dlm bahasa pekan nyer
Seperoh = ALAS MEJA
Seput = sport
Setat = START
Siut = cucuh
Tak ajap = TAK layan/TAK JADI HAL
tak ngomben = takde bg kesan
Tali besen = tv hehe...
Talipaun = talifon
Tambat = Ikat.
Teman @ awok = Saya
Teynang = Tumpu, target, m'bidik.
toben = tua bangka
Tojoh = tujah @ cucuk


fuh, nnti aku sambung lg. hehe..

Thursday, July 2, 2009

Malas..malas..malas...

adoi...camne la nak berjaye aku nie!! asyik malas jek . huhu..
skrg nie tgh final. study tunggang langgang. last minit baru le nak bkk buku.

Friday, May 29, 2009

Tak kenal make tak cinte..

Hmm..tak kenal make tak cinte. Satu ungkapan yg byk maksud. Post nie aku bkn nak cite pasal tak kenal awek tu make tak timbul rase cinte. Tp pasal tmpat kelahiran aku...kuala kangsar perak. Mase aku blk mggu lepas aku dapat satu lagu nie. Lagu yg amat menarik bg aku ntuk aku kongsi dgn korang.
Lagu lame time mak aku mude remaje dan cun dlu (skrg pon agak cun lagi..haha..).
lagu nie loghat perak pertengahan iaitu loghat tmpt aku.
aku dah sediakan lirik asal (ntah btol ke tak ) dan jgk lirik yg dah di translit ke bahase biase. enjoy...



____________________________________________________________________
lirik peghok

singgoh bermalam ghomoh pak udea
masok lah nasik sayor keladi
singgoh bermalam ghomoh pak udea
makan nasik sayor keladi

bior papea asei bergayea
aseikan senang di dalam hati (2x)


(chorus)
pengham-pengham pisang
pisang masok layu
jatoh dalam kubang sambor bapok yu
umbut-umbut nyor belalang kedek-kedek
sape buat hingor ghontu kene cubit


daghi lambor pegi ke botea
singgoh bermalam ghomoh wan lebor (2x)

niat hati minang anok daghe
ghambut nye dapat ???? nye gugor(penyanyi lupe lirik)
hajat hati minang anok daghe
dapat lah jande ghambut nye gugor

(ulang chorus)

tojon daghi gotok botea
dapat sebijik doyan doh mangko (2x)

disangke ayor dalam belange
jatoh terjombab di ateh pasyor (2x)

(ulang chorus)

daghi lambor pegi ke bote
singgoh bermalam ghomoh wan lebor (2x)

hajat hati minang anok daghe
dapat lah jande ghambut nye gugor (2x)

(ulang chorus)

________________________________________________________________
lirik stendet

singgah bermalam rumah pak uda
masak lah nasi sayur keladi
singgah bermalam rumah pak uda
makan nasi sayur keladi

biar papa asal bergaya
asalkan senang didalam hati (2x)

(chorus)
peram-peram pisang
pisang masak layu
jatuh dalam kubang(lopak air) sambar bapa yu(buaye kot)
umbut-umbut kelapa belalang kedek-kedek
siapa buat bising orang tu kene cubit

dari lambor pergi ke bota (lambor dan bota name salah satu tmpat di perak)
singgah bermalam rumah wan lebor (wan lebor ialah name samaran org kg dlu2 cam wan golok..mat bulat..mat lembu)

niat hati minang anak dara
dapat lah janda rambutnya gugur(anak dare tua la tu)
niat hati minang anak dara
dapat lah janda rambutnya gugur

(ulang chorus)

terjun dari jambatan bota
dapat sebiji durian dah mangko(tak berape elok)

disangkakan air dalam belanga
jatuh terjerembab di atas pasir (2x)

(ulang chorus)

dari lambor pergi ke bota
singgah bermalam rumah wan lebor (2x)

hajat hati minang anak dara
dapat lah janda rambut nya gugur (2x)

(ulang chorus)


p/s: teman bangge jadi oghang peghok! (^,^)

Thursday, May 28, 2009

cerita....barang free

Bila suami balik kerja, isterinya suruh ke pasaraya untuk membeli barang-barang dapur. Jadi pergilah si suami membeli semua barang-barang yang dipesan.

Bila pulang ke rumah, isterinya mengambil beg-beg plastik dan membawa keluar semua barang untuk disimpan. Isteri terjumpalah satu tin marjerin. Di luar tin tu ada tulis ... FREE...
Isteri tanya si suami, mana benda yang 'FREE' ini? Kenapa tak ambil? Suami katalah lupa hendak meminta benda itu tadi. Maka isterinya pun menyuruh suami pergi semula ke pasaraya tersebut untuk menebus benda 'FREE' itu.

Suami pun pergilah membawa tin planta tadi jumpa jurujual untuk menebus benda 'FREE' yang tertulis. Bertengkarlah suami tadi dengan jurujual terbabit. Jurujual itu kata benda 'FREE' itu ada dalam tin. Suami kata mana boleh, dalam mesti tak ada punya.Dia terus meminta dari jurujual.

Penyelia yang kebetulan lalu di situ dan terdengar pertengkaran mereka. Apabila ditanya, dia pula dimarahi oleh si suami tadi. Si suami berkenaan minta juga benda 'FREE' dari penyelia itu. Suami tadi tunjuk tin planta yang ada bertulis 'FREE' itu. Supervisor tadi belek kanan belek kiri tin planta tersebut. Dia membaca tulisan berbahasa Inggeris itu ..CHOLESTEROL FREE... !!!

cerita....malam pengantin sakit nak cabut

Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, "Adoi.. Sakitnya bang... ! Macam mana ni bang..?"

Suaminya lantas menenangkan isterinya, "Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu.." Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.

Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: "Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut."
Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: "Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!"

Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: "Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?".


p/s: jgn pikir yg pelik2 ea...hahaha...

cerita....ayah oh ayah..

Sang ayah dan ibu sangat marah dan menyesal bila mengetahui anakperempuan mereka hamil.

"Siapa si bedebah tu," jerit sang ayah, sedang siibu menangis. "Suruh dia datang sini!"

Si anak pun telepon le mat yang bertanggung jawab. Setengah jam kemudian sebuah kreta Ferrari merah berhenti didepan rumah. Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk kerumah. Lelaki itu berdepan dengan mak dan ayah perempuan yang telah dihamilinya.

Dia berkata, "Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tak membenarkan. bagaimanapun, saya tetap bertanggung jawab atas perbuatan saya. Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan saya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo dan wang tunai RM5 juta. Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan

untuknya dua buah kilang, dua buah supermarket, dua buah banglo dan wang tunis RM10 juta. Tapi sekiranya anak anda keguguran apakah yang harus saya lakukan?"

Sang ayah berfikir. Siibu berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu sang ayah berkata,

"Kalau camtu hang cuba le lagi."

budak sekolah rendah

Pada suatu hari di sebuah Sekolah Rendah, ketika itu waktu rehat dan terlihat di halaman sekolah tersebut seorang pelajar sekolah darjah satu menangis dengan kuatnya. Lalu, bertanyalah salah seorang gurunya.

Guru : "Kenapa menangis?"
Anak : "Duit saya hilang sepuluh ringgit Cikgu" (jawabnya sambil menangis)
Guru : "Sudahlah jangan menangis ye...nih Cikgu beri sepuluh ringgit."

Namun pelajar tersebut menangis semakin kuat. Cikgu pun menjadi lebih hairan.

Guru : "Aik... menangis semakin kuat? Kan Cikgu sudah ganti sepuluh ringgit."
Anak : "Iya Cikgu...tapi kalau tadi duit saya tidak hilang,kan sekarang duit saya ada dua puluh ringgit."
Guru : "??!!!"

Tuesday, May 19, 2009

Rileks...cerita anak yg baik.

Dalam satu kelas darjah satu,seorang ustaz bertanya kepada pelajarnya..

"kamu hendak ke mana?... syurga atau neraka?..siapa yang hendak ke
syurga..angkat tangan... !!"

maka semua pelajarnya pun mengangkat tangan kecuali seorang murid.

Kemudian ustaz itu pun bertanya lagi,siapa hendak ke neraka?"... ..

semua pelajar tidak mengangkat tangan termasuk seorang murid tadi... dengan
kehairanan ustaz itu bertanya..bila saya tanya nak masuk syurga..awak tak
angkat tangan..bila saya tanya nak ke neraka pun awak tak angkat
tangan... .habis awak nak ke mana??".

.Jawab murid itu.."saya tidak mahu pergi ke mana ustaz..bapa saya suruh
saya datang sini belajar,dia pesan..jangan pergi kemana-mana,tunggu sampai
dia jemput"... .

Rileks...cerita 3 pesalah

Tiga lelaki, seorang ahli falsafah.. seorang pakar matematik dan seorang pelawak ditangkap
atas kesalahan mengendap itik buat projek…
Lalu hakim berkata..
"kamu boleh menanyakan satu soalan kepada ku.. kalau aku dapat menjawab.. kamu akan ditahan
di penjara.. tapi kalau aku tidak dapat menjawab… kamu akan dibebaskan..

Ahli Falsafah mula berkata..
"Saya mahukan Yang Arif membawa sebuah buku falsafah yang lengkap dari Socrates.. Jika Yang
Arif berjaya membawanya.. saya rela dihukum…".

Lalu Hakim mengarahkan pekerjanya pergi mencari buku yang diperkatakan.. lalu buku itu di
berikan kepada ahli falsafah untuk di sahkan…
"Ya benar sekali ini lah bukunya yang Arif…"
Lalu Ahli Falsafah dipenjarakan…

Kemudian giliran pakar matematik mengajukan pertanyaan…
"Cuba jawab 1253*254-45557+(5454*25451) dalam masa 5 saat..".
Sambil menekan kalkulator dengan pantas.. Hakim memberikan jawapannya.. dan ternyata tepat..
Lalu Pakar Matematik pun dipenjarakan..

Giliran terakhir pergi kepada pelawak..
"Berikan saya sebuah kerusi yang mempunyai 7 lubang ditempat duduknya!". kata si pelawak..
Apabila kerusi disediakan.. pelawak itu duduk dan tiba-tiba melepaskan kentut yang kuat..
Lalu dia berdiri dan bertanya kepada Hakim..
"Yang Ariff.. dari lubang mana kentut saya tadi keluar?"

Setelah membelek kerusi dan melihat lubang yang berada tepat dibawah punggung si pelawak tadi..
hakim berkata…
"Kentut mu keluar dari lobang yang ketiga dari sebelah kanan ini..".

"Salah!!!" Sebenarnya kentut saya dari lubang punggungku ini !!!".
Pelawak itu kemudian dibebaskan.

Nak tido ade kje tak beres...nek bereskn keje rase cam nak tido plak..

kalo ditimbang2 mate nie mau mencapai berat 5 kilo setengah nie. ngantuk woo..
bsok nak interview.prepare pon tunggang langgang lg.
tu la...tak abeh2 maen tenet.camne la kje nak setel.
pe la nak jadi kat anak encik din nie.huhu..
sambung kje...

Monday, May 18, 2009

Baru abeh kelas oracle

Ari nie venkat pakai baju bunge2 lak.
dan ari nie jgk aku rase dier dah laen sket. makin memahami camne nk ajr student m'sia nie.
buat pertama kali nye dier kuar on time. kuar sndri lak tu. sblm nie mengajar cam dah takde brek.tggu dak kelas aku buat bahase isyarat yg menunjukkan kelas dah tamat. contohnye..buat muke lapo, kemas2 beg dan berbagai lg.kekadang tu dah kuar pastu masuk blk.sambung lg lect.
it's good..mmg aku respek semangat mengajar dier yg tggi.but tanpa ketahanan diri yg tggi, dak kelas ni secare automatiknye akan buat query yg merepek.
select lauk,air,nasik from eon where lauk='ayam_goreng' AND air='limau_suam' AND nasik='lebih';


tp yg plg sakit. esaimen tak siap lg nie. dier nak ari nie jgk! tak siap tolak 10 markah tu.waa....

Blk kg...

Ngantuknye.. baru je sampai dari kg.
bz btul time nie. tak smpt pon nak jmpe mmbe aku kt kg tu,
mane taknye. dari ari sabtu n ahad bz me-repair pc customer kt kg.
mggu depan kne blk lg. ade lg pc yg tak sempat aku nak setel kan.seb bek tuan dier memahami.
tp setiap pengorbanan ade pasti akan ade hasilnye. hehe.. berisi la sket poket aku.
blk ari tu kering.duit cukup beli tiket...ngan air.aii...ape nak buat.didalam dunia yg everything is money nie.pandai2 la nak survive.k r. time tu slip... zzZZZ..zzzz..Zzzzzz...Zzz...
kroh...kroh...kroh...


alamak!! esaimen tak siap lg....waaa!!